Friday, July 30, 2010

Selawat syifa'


Ni satu lagi selawat pengubat. Cubalah jadikan ia hiburan hati. Biasa buat sblm makan ubat. :) Nama pun syifa' kan. Apa maksud syifa'? Syifa' = sembuh, menyembuh. Tib = ubat. Kira bacaan ni, utk ubat diri la. Sembuh, kita tak tau. Tu semua ditentukan Allah. Moga kita sentiasa tenang, walau apa pun yg terjadi, alwiz tenang. InsyaAllah..






Terjemahan:

Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

Thursday, July 29, 2010

Selawat Nur










Nur maksud nya cahaya. Untuk terjemahannya, tak dapat lagi dicari. Lau tak silap, ada dlm buku yasin, manzil munjiyat kat rumah. InsyaAllah akan upload maknanya lain kali.

Bacalah selawat ni tiap2 masa.. Kalau rasa mcm susah nak baca, mungkin boleh try cara ni. Download selawat ni online, & tgh2 buat kerja dpn pc  tu, perdengarkanlah, jadi halwa telinga. Dari telinga jatuh ke hati. Automatik, kita akan ikut pelan2 dlm hati.

Rujukan utk selawat ni, tak jumpa banyak from net. Ada la ustaz tu xplain, selawat ni utk terangkan hati, buang bisa2 (bisa2 apa aku tak tau, segala bisa2 dlm badan gaknyer..), & bila selawat ni jadi amalan, insyaAllah rezeki meraka2 yg ikhlas amalkannya akan terbuka luas.. insyaAllah.

Tak salah amalkan mender yg baik. As long as tak sesat, n masih di jalanNYA.

Wednesday, July 28, 2010

Buku: Travelog Syahadah

Yeaah! Morning.. morning. Hari ni nak kupas sket isi dlm buku travelog syahadah neh.


Best? Pada aku sesuai utk dibaca. Kalau ikut hati nak mintak penulis detailkan lagi utk certain2 part. Tapi bila pk2 balik mungkin cerita tu tak sesuai utk dibuat dgn cara mcm tu. So, aku kasik 3 dari 5 bintang  laa utk buku ni.

Ok.. Jalan penceritaannya camni. Seorang remaja yg bukan beragama Islam, melalui jalan hidup yg agak 'teruk', yg agak bermasalah. Banyak peluang n rintangan sblm beragama Islam. Dari seorang yg boleh dikatakan agak samseng, hampir menjadi 'sampah' di atas kesamsengannya, telah mendapat hidayah. Kini bergelar seorang ustaz. Ajaib kan dunia ni. Dialah salah seorang yg terpilih utk lebih meraikan Islam dlm hidupnya, dialah antara manusia di dunia ini yg menghargai pegertian beragama Islam. Jika kita lihat semangat utk dia berubah, memang tak padam. Semangat tu dtg tak kira waktu.

Baca cerita ni, kita rasa mcm, huuuuh ada org2 kita yg ambil mudah, setiap permintaan org terutamanya org yg nak peluk agama Islam. Yess!! Semangat pencerita ni yg aku suka dlm cerita ni. Kita tak kan sangka, ada mender2 ni berlaku, jika org yg alami sendiri tak bercerita macammana perjalanan hidup dia.

Oklah.. aper2 pun, inilah perjalanan seorang yg mengejar untuk mencari ketenangan hidup.Sebutan syahadah bukan sahaja dibibir, tetapi ia menyerap ke setiap pelusuk badan,  bukan sekadar sebutan, tapi membuatkan setiap saat lebih bermakna dlm hidupnya.

Sunday, July 25, 2010

3 in 1? Banyak gulaa kaaannn... :)

Sedikit info utk hari ni. Senang, memang senang nak buat.. amik secara berpatutan laaa k.

Pengambilan minuman 3-in-1 perlu dikawal

26/07/2010 12:32pm

KUALA LUMPUR 26 Julai - Penggunaan produk minuman 3-in-1 yang kini menjadi pilihan kebanyakan masyarakat perlu dikawal pengambilannya kerana ia boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berlebihan.


Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Roslee Rajikan berkata, pengguna perlu bijak membuat pilihan dengan melihat label nutrien atau zat makanan pada produk berkenaan.


"Jika ambil produk ini sekali sekala tanpa berlebihan saya rasa tidak timbul masalah. Tetapi jika sehari lima hingga enam kali, mungkin boleh timbul masalah," katanya.

Dr. Roslee berkata, pengguna tidak boleh mengawal pengambilan gula dengan pengambilan minuman 3-in-1, berbanding jika menyediakan sendiri minuman.

Menurut kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), rakyat negara ini mengambil secara purata 26 sudu teh gula setiap hari, iaitu tiga kali ganda lebih tinggi daripada saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dr. Roslee berkata, untuk mendidik masyarakat mengurangkan pengambilan gula bukan satu perkara mudah meskipun pelbagai kempen diadakan untuk menyedarkan masyarakat. - Bernama

Cer check ni plak...


7 in 1.... wooo ooooo. tujuh dalam satu tuuu. Aku amik sekali sehari, pagi2 laaa. Rasa best lagik kalau aku tambah susu tepung anlene (original flavour) dlm air ni. Lebihkan air masak panas tiap kali nak buat. Dek sebab aku tak minum-minuman sejuk2 utk waktu sekang inih, option paling best utk aku, minum panas2. Superrrrbb!! Lau compare dgn neslo 3 in 1, nescaffe 3 in 1, memang fav aku laa ni. Hehe. 

Setakat ni laaa, biler minum tak rasa lapar sangat la. Means kalau kat opis tu tak rasa pun nak gi lunch pun.

Mmmm kat sini, tak tau laa nak cari maner. Kalau ikutkan, bnyk produk berasaskan habbatus sawda' ni. Cuma pada aku, biler dah best dgn yg satu neh, tak nak ar nak pi menerai prod lain. Dah sesuai laa kann, ahaaks.. Den pun bukan jadikan mender ni fan club dlm list oden hari2. Yg penting ayor mati tuu @ air masak kosong laa. Lau rajin, nak try cari kat kedai Pak Aji kat BTRzk laa sat gi. Try test erk.. Peaaaaaaace ;)

Monday, July 12, 2010

Ma'jun Kacip fatimah Manjakani

Wokies.. sesi berubat secara tradisi sket yer :D . Ma'jun Kacip Fatimah Manjakani.

  • Utk melegakan senggugut, keputihan dan gatal-gatal. Sakit kepala, 
  • Melancarkan peredaran darah dan perjalanan haid. 
  • Untuk kesihatan dan menguatkan badan wanita selepas bersalin. 
  • Menyihatkan rahim selepas melahirkan anak, atau keguguran
  • Melegakan sakit pinggang
  • Melawaskan buang air kecil dan besar.
 
Aturan makan, sekali sehari selepas makan.
Famili aku (pompuan jo laa) memang mkn ma'jun ni. Aku jer yg hehe, culas sikit. Laa ni, selepas kejadian, den dah start makan  semula. So, keep chaiyoo!! chaiyoo!!..Utk sihat badan, insyaAllah..