Sedikit info utk hari ni. Senang, memang senang nak buat.. amik secara berpatutan laaa k.
Pengambilan minuman 3-in-1 perlu dikawal
26/07/2010 12:32pm
KUALA LUMPUR 26 Julai - Penggunaan produk minuman 3-in-1 yang kini menjadi pilihan kebanyakan masyarakat perlu dikawal pengambilannya kerana ia boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berlebihan.
Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Roslee Rajikan berkata, pengguna perlu bijak membuat pilihan dengan melihat label nutrien atau zat makanan pada produk berkenaan.
"Jika ambil produk ini sekali sekala tanpa berlebihan saya rasa tidak timbul masalah. Tetapi jika sehari lima hingga enam kali, mungkin boleh timbul masalah," katanya.
Dr. Roslee berkata, pengguna tidak boleh mengawal pengambilan gula dengan pengambilan minuman 3-in-1, berbanding jika menyediakan sendiri minuman.
Menurut kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), rakyat negara ini mengambil secara purata 26 sudu teh gula setiap hari, iaitu tiga kali ganda lebih tinggi daripada saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Dr. Roslee berkata, untuk mendidik masyarakat mengurangkan pengambilan gula bukan satu perkara mudah meskipun pelbagai kempen diadakan untuk menyedarkan masyarakat. - Bernama
Cer check ni plak...
7 in 1.... wooo ooooo. tujuh dalam satu tuuu. Aku amik sekali sehari, pagi2 laaa. Rasa best lagik kalau aku tambah susu tepung anlene (original flavour) dlm air ni. Lebihkan air masak panas tiap kali nak buat. Dek sebab aku tak minum-minuman sejuk2 utk waktu sekang inih, option paling best utk aku, minum panas2. Superrrrbb!! Lau compare dgn neslo 3 in 1, nescaffe 3 in 1, memang fav aku laa ni. Hehe.
Setakat ni laaa, biler minum tak rasa lapar sangat la. Means kalau kat opis tu tak rasa pun nak gi lunch pun.
Mmmm kat sini, tak tau laa nak cari maner. Kalau ikutkan, bnyk produk berasaskan habbatus sawda' ni. Cuma pada aku, biler dah best dgn yg satu neh, tak nak ar nak pi menerai prod lain. Dah sesuai laa kann, ahaaks.. Den pun bukan jadikan mender ni fan club dlm list oden hari2. Yg penting ayor mati tuu @ air masak kosong laa. Lau rajin, nak try cari kat kedai Pak Aji kat BTRzk laa sat gi. Try test erk.. Peaaaaaaace ;)
No comments:
Post a Comment